Lanjutan Moratorium COVID-19 PBB/PIBB

Lanjutan Moratorium selama 3 bulan dari Oktober hingga Disember 2020 adalah untuk Pelanggan Individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan kini menganggur.

Nota: Pelanggan yang merupakan Orang Bankrap yang Belum Dilepaskan atau yang mempunyai pinjaman/pembiayaan lampau tempoh selama 90 hari ke atas tidak layak untuk memohon.

Untuk memohon, hubungi Bank melalui Cawangan Pemegang Akaun dari mana pinjaman/pembiayaan diperoleh untuk temu janji berjadual.

Dokumen yang perlu: Kemukakan bukti berdokumen seperti surat pemberhentian atau pembuangan kerja/Skim Pemisahan Sukarela atau Skim Pemisahan Bersama untuk menyokong permohonan.

Tidak pasti mana satu cawangan Pemegang Akaun? Sila hubungi nombor telefon meja bantuan yang berikut dari hari Isnin hingga hari Khamis (8.45 pagi hingga 5.45 petang) dan hari Jumaat (8.45 pagi hingga 4.45 petang) kecuali Hari Cuti Umum sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

(1) Untuk Kemudahan Pinjaman Perumahan, Pinjaman Tetap, Pinjaman Bertempoh & Overdraft/Kemudahan Tunai-i

Pusat Kawalan Kredit Wilayah Talian Hunting Meja Bantuan Pusat Kawalan Kredit Wilayah Talian Hunting Meja Bantuan
Wilayah CCC 03 - 2176 7470 Penang CCC 04 - 262 3376
Selangor CCC 03 - 2176 7470 Ipoh CCC 05 - 253 0000
Klang CCC 03 - 3342 2467 Kota Kinabalu CCC 088 - 487 169
Melaka CCC 06 - 288 1518 Kuching CCC 082 - 366 976
Seremban CCC 06 - 766 5555 Sungai Petani CCC 04 - 455 8000
Johor CCC 07 - 222 2949 Pusat Wilayah Sibu 084 - 333 888
Kawalan dan Pengurusan Kredit / Bukan Pusat Kawalan Kredit 03 - 21767470 Semua 265 buah cawangan Talian Am

(2) Untuk Sewa Beli / Sewa Beli-i AITAB

Mengikut Wilayah dari mana Sewa Beli / Sewa Beli-i AITAB diperoleh Talian Meja Bantuan
Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya 03-22646288
03-22646488
03-31676688
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu 04-3146688
04-2697800
Perak, Pahang 05-5400999
Johor, Melaka 07-2083600
Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak & Labuan 03-21767701