Bantuan Pembayaran Balik Bersasar (TRA) untuk Semua Individu dan Peniaga Untuk Membantu Penyewa yang Terkesan dengan COVID-19
-
Bantuan Pembayaran Balik Bersasar Dilanjutkan (ETRA) untuk semua Individu di bawah Kategori B40 / M40 dan Perusahaan Mikro / Pelanggan PKS Mikro dengan Pembiayaan sehingga RM150,000 (Kecuali Pelanggan Terjejas Kredit dan Bankrap / Syarikat yang Telah Dibubarkan)
Pilihan ETRA Yang Ada (B40 / M40 / Perusahaan Mikro / PKS Mikro ≤ RM150,000)
Pilihan |
Bantuan Pembayaran Balik / Pembayaran |
Ulasan |
1 |
Penangguhan pembayaran balik selama 3 bulan / pembayaran ansuran |
Diterima pakai untuk B40. Bagaimanapun, M40 boleh memohon Pilihan 1 mengikut keadaan tertakluk pada pertimbangan/kelulusan Bank |
2 |
Pengurangan 50% dalam ansuran bulanan selama 6 bulan |
|
3 |
Penjadualan semula dengan penangguhan ansuran selama 3 bulan pertama dan pengurangan ansuran bulanan sedia ada. |
|
Pilihan 1
-
Tempoh pinjaman/pembiayaan akan dilanjutkan selama 3 bulan dengan faedah/keuntungan dicaj/diakru atas amaun ansuran yang tertangguh pada Kadar Peratusan Tahunan (APR) semasa seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Sewa Beli/ Sewa Beli-i AITAB sehingga dilunaskan sepenuhnya. (Hanya diterima pakai bagi akaun Sewa Beli/ Sewa Beli-i AITAB).
Pilihan 2
-
Pengurangan 50% daripada ansuran bulanan selama 6 bulan.
-
Tempoh pinjaman/pembiayaan akan dilanjutkan selama 3 bulan dengan faedah/keuntungan dicaj/diakru atas amaun ansuran yang tertangguh pada Kadar Peratusan Tahunan (APR) semasa seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Sewa Beli/ Sewa Beli-i AITAB sehingga dilunaskan sepenuhnya. (Hanya diterima pakai bagi akaun Sewa Beli/ Sewa Beli-i AITAB).
Pilihan 3
-
Penjadualan semula dengan pengurangan dalam ansuran bulanan termasuk penangguhan ansuran selama 3 bulan.
-
Tempoh pinjaman/ pembiayaan akan dilanjutkan untuk maksimum 2 tahun. Bagaimanapun, pelanggan boleh memohon untuk tempoh lanjutan lebih lama melebihi 2 tahun untuk disesuaikan dengan keadaan kewangan mereka.
Bagaimanakah cara untuk mengemukakan Pengesahan / Permohonan?
Sila cetak dan isi borang permohonan yang dilampirkan kepada Cawangan Pemegang Akaun / Pusat Sewa Beli / Hab Sewa Beli / Pusat Pengurusan Kredit di mana Sewa Beli/ Sewa Beli-i AITAB diperoleh atau e-mel kepada hpcovidsupport@publicbank.com.my
Borang Pengesahan Memerlukan Bantuan untuk Pelanggan B40 dan Perusahaan Mikro dengan Pembiayaan sehingga RM150,000 (Pilihan 1 atau 2 atau 3).pdf
Borang Permohonan untuk M40 (Pilihan 2 atau 3).pdf
-
Penjadualan Semula Biasa Tanpa Penangguhan Ansuran
Diterima pakai untuk Individu dan Peniaga (Kecuali Pelanggan Terjejas Kredit dan Bankrap / Syarikat yang Telah Dibubarkan)
Bagaimanakah cara untuk Mengemukakan Permohonan?
Sila cetak dan isi borang permohonan yang dilampirkan kepada Cawangan Pemegang Akaun / Pusat Sewa Beli / Hab Sewa Beli / Pusat Pengurusan Kredit di mana Sewa Beli/ Sewa Beli-i AITAB diperoleh atau e-mel kepada hpcovidsupport@publicbank.com.my
Borang Permohonan bagi Penjadualan Semula Biasa Sewa Beli/Bayaran Bulanan Sewa Beli-i AITAB/Pembayaran Balik (Tanpa Apa-apa Penangguhan Ansuran).pdf
-
Nota Penting:
Semua bantuan pembayaran semula akan menyebabkan kos pinjaman / pembiayaan keseluruhan menjadi lebih tinggi disebabkan oleh lanjutan tempoh pinjaman / pembiayaan.
Soalan yang Sering Ditanya
Untuk Individu dalam Kategori B40 dan Perusahaan Mikro / PKS Mikro yang Layak dengan Nilai Pembiayaan sehingga RM150,000
Untuk Individu dalam Kategori M40
Untuk Penjadualan Semula Biasa Tanpa Penangguhan Ansuran
-
Hubungi Kami
Anda boleh menghubungi meja bantuan kami dari hari Isnin hingga Khamis (8.45 pagi hingga 5.45 petang) dan pada hari Jumaat (8.45 pagi hingga 4.45 petang) kecuali Hari Cuti Umum sekiranya anda memerlukan bantuan selanjutnya.
No. Telefon Meja Bantuan bagi Penjadualan Semula/Pembayaran Sewa Beli:
Mengikut Wilayah di mana Sewa Beli /Sewa
Beli-i diperoleh
|
No. Telefon Meja Bantuan |
Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya |
03-22646288
03-22646488
03-31676688
|
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu |
04-3146688
04-2697800
|
Perak, Pahang |
05-5400999
|
Johor, Melaka |
07-2083600
|
Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Labuan |
03-21767701
|
|