BANTUAN KEWANGAN SELANJUTNYA UNTUK PENJADUALAN SEMULA PENGATURAN PEMBAYARAN BALIK/ PEMBAYARAN PASCA MORATORIUM BERAKHIR PADA 30 SEPTEMBER 2020
PERMOHONAN SECARA DIGITAL BAGI PELANGGAN INDIVIDU DAN PELANGGAN RUNCIT PKS BERSASAR YANG LAYAK (KECUALI SEWA BELI/AITAB SEWA BELI-i)
Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan selanjutnya apabila moratorium pembayaran balik pinjaman/pembiayaan selama 6 bulan berakhir pada 30 September 2020, anda boleh memohon pengaturan pembayaran balik/ pembayaran yang dijadual semula berikutan COVID-19.
Kelayakan untuk mengakses URL bagi permohonan secara digital untuk Bantuan Pembayaran Balik/Pembayaran Bersasar Diperluaskan (ETRA) bagi Individu yang Layak dalam Kategori B40/Perusahaan Mikro kategori M40 dengan pinjaman/pembiayaan diluluskan sehingga RM150K dan Bantuan Pembayaran Balik/Pembayaran Bersasar (TRA)untuk Individu/PKS Bersasar yang layak.
Disediakan untuk pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bersasar yang layak < RM10 Juta bagi setiap kemudahan Pinjaman Perumahan (HL)/ Pinjaman Bertempoh (TL)/ Pinjaman Tetap (FL)/Pembiayaan-i Perumahan (HF-i)/ Pembiayaan-i Bertempoh (tidak termasuk akaun tidak berbayar dan muflis/syarikat yang dibubarkan); dan
Pinjaman/Pembiayaan Berbayar yang tertunggak kurang daripada 90 hari; dan
Mana-mana individu yang dikategorikan sebagai B40/didaftarkan di bawah Bantuan Sara Hidup (BSH), M40/didaftarkan di bawah Bantuan Prihatian Nasional (BPN) atau Perusahaan Mikro yang layak dengan pinjaman/pembiayaan diluluskan sehingga RM150K (perakuan kendiri tanpa memerlukan dokumentasi).
Tempoh Sah:
CEPAT ! Mohon SEKARANG sebelum 31 Mac 2021 untuk mengelakkan status kredit terjejas sebelum 31 Mac 2021.
(Disediakan sehingga 30 Jun 2021)
Piawaian Tempoh Keputusan (ETRA/TRA)
Keputusan permohonan anda akan dimaklumkan kepada anda dalam tempoh keputusan penuh standard apabila permohonan anda diterima dengan maklumat/ dokumen lengkap seperti yang diperlukan oleh PBB/PIBB, seperti yang berikut:
Jenis Akaun
Standard Tempoh Keputusan
ETRA
B40 / Perusahaan Mikro
24 jam
M40
5 hari kalendar
TRA
Individu / M40 / T20
5 hari kalendar
PKS Kecil dan Sederhana
10 hari kalendar
Bantuan Pembayaran balik/Pembayaran Bersasar Diperluaskan (ETRA)
Bantuan pembayaran balik/Pembayaran Bersasar Diperluaskan untuk individu di bawah kategori B40/kategori M40 dan Perusahaan Mikro dengan Had Pinjaman/Pembiayaan yang Diluluskan ≤ RM150K (Tidak termasuk akaun tidak berbayar dan Individu yang Muflis/Syarikat Dibubarkan).
Kelayakan Kriteria (Pengisytiharan kendiri oleh pelanggan tanpa memerlukan bukti dokumen)
Individu(s) yang dikategorikan sebagai B40/ dan didaftarkan dalam pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH); DAN/ATAU
Pasangan (suami/isteri) adalah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH); ATAU
Perusahaan Mikro yang layak dengan pinjaman/pembiayaan yang diluluskan sehingga RM150K; ATAU
Mana-mana individu(s) yang dikategorikan sebagai tahap pendapatan M40/ didaftarkan dalam pengkalan data Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Nota:
Diterima pakai untuk akaun yang berbayar dan Tidak Muflis/Syarikat yang tidak di bawah Penggulungan.
Tempoh Sah:
Pengesahan Pemohonan Secara Digital bermula dari 23 November 2020 (sehingga 30 Jun 2021)
Pilihan ETRA (B40 / Perusahaan Mikro / M40)
Pilihan
Pengaturan Pembayaran Balik/Pembayaran bermula pada bulan berikutnya
Ulasan
1
Penangguhan pembayaran balik/pembayaran selama 3 bulan (sifar ansuran)
Tidak diterima pakai bagi M40 di bawah BPN
2
50%/pengurangan pinjaman bulanan/ansuran pembiayaan/faedah/keuntungan/sewa sedia ada selama 6 bulan
Tidak diterima pakai bagi pelanggan di bawah TRA PBB/PIBB sedia ada (perkara B)
Diterima pakai bagi Pilihan 1 dan Pilihan 2
Tempoh pinjaman/pembiayaan akan dilanjutkan selama 3 bulan dengan faedah/keuntungan/sewa terakru.
Semua ansuran tertunggak (sehingga maksimum 3 bulan) akan dilupuskan dan terus menjadi sebahagian daripada amaun belum jelas bagi pinjaman/pembiayaan.
(I) Pengesahan secara digital bagi Bantuan Pembayaran balik/Pembayaran Bersasar Diperluaskan (ETRA) untuk Individu dalam Kategori B40 / M40 dan Perusahaan Mikro dengan pinjaman/pembiayaan yang diluluskan ≤ RM150K
(II) Pengesahan Bukan Secara Digital/Manual bagi Bantuan Pembayaran
balik/Pembayaran Bersasar Diperluaskan (ETRA) untuk Individu dalam
Kategori B40 / M40 dan Perusahaan Mikro dengan pinjaman/pembiayaan yang
diluluskan ≤ RM150K
Sila cetak dan lengkapkan borang permohonan penyertaan itu dan kemukakannya ke mana-mana Cawangan PBB/PIBB/Pusat Kawalan Kredit untuk kelulusan.
Nota Penting:
Sila ambil perhatian bahawa semua Pengesahan Penyertaan secara digital yang berjaya akan turut mempunyai Surat Makluman elektronik sebaik sahaja Pengesahan Penyertaan secara digital dihantar oleh anda tanpa banyak kesulitan.
Sila rujuk e-mel anda untuk mendapatkan Surat Makluman secara elektronik sebaik sahaja permohonan dikemukakan.
Pengaturan Pembayaran Balik/Pembayaran Bersasar (TRA) sedia ada untuk Semua Individu/PKS Bersasar Yang Layak.
Pakej Pembayaran Balik yang Dijadual Semula berikutan COVID-19 untuk Pelanggan PBB/PIBB Individu dan PKS Bersasar yang mengalami Pengurangan Pendapatan/Aliran Tunai pasca Moratorium selepas 30 September 2020. (Tidak diterima pakai untuk pinjaman Sewa Beli)
(a) Permohonan Digital (minggu pertama pada bulan Mac 2021)
Pilihan
Pengurangan Pendapatan/Aliran
Tunai pada tahun 2021
April 2021 hingga Disember 2021
(9 bulan)
Januari 2022
seterusnya
1
Pengurangan 50%
atau lebih
50% daripada ansuran pinjaman/pembiayaan setiap bulan
ATAU
Faedah bulanan/ keuntungan pembiayaan/ sewa setiap bulan
(mana-mana yang lebih tinggi)
Sambungan semula ansuran pinjaman/pembiayaan bulanan sedia ada
2
Pengurangan 25% hingga kurang daripada 50%
50% daripada ansuran pinjaman/ pembiayaan setiap bulan
ATAU
Faedah bulanan/ keuntungan pembiayaan/ sewa setiap bulan
(mana-mana yang lebih tinggi)
3
Pengurangan kurang daripada 25%
75% daripada ansuran pinjaman/ pembiayaan setiap bulan
ATAU
Faedah bulanan/ keuntungan pembiayaan/ sewa setiap bulan
(mana-mana yang lebih tinggi)
(b) Permohonan Digital (bermula dari minggu kedua pada bulan Mac 2021) & Permohonan Bukan Digital (bermula dari 1 Mar 2021)
Jenis
Permohonan
Pilihan
Pengurangan Pendapatan/Aliran
Tunai pada tahun 2021
April 2021 hingga
Jun 2021
(3 bulan)
Juali 2021 hingga Disember 2021
(9 bulan)
Januari 2022
seterusnya
Permohonan secara Digital & Bukan Digital
1
Pengurangan 50%
atau lebih
25% daripada ansuran pinjaman/pembiayaan setiap bulan
50% daripada ansuran pinjaman/pembiayaan setiap bulan
ATAU
Faedah bulanan/ keuntungan pembiayaan/ sewa setiap bulan
(mana-mana yang lebih tinggi)
Sambungan semula ansuran pinjaman/pembiayaan bulanan sedia ada
Permohonan secara Digital & Bukan Digital
2
Pengurangan 25% hingga kurang daripada 50%
50% daripada ansuran pinjaman/pembiayaan setiap bulan
50% daripada ansuran pinjaman/ pembiayaan setiap bulan
ATAU
Faedah bulanan/ keuntungan pembiayaan/ sewa setiap bulan
(mana-mana yang lebih tinggi)
Permohonan secara Digital & Bukan Digital
3
Pengurangan kurang daripada 25%
75% ansuran pinjaman/pembiayaan setiap bulan
75% daripada ansuran pinjaman/ pembiayaan setiap bulan
ATAU
Faedah bulanan/ keuntungan pembiayaan/ sewa setiap bulan
(mana-mana yang lebih tinggi)
Permohonan secara Non-Digital Sahaja
4
Pilihan Lain
(Termasuk 3 bulan pembayaran sifar ansuran pinjaman/pembiayaan dari 1 Januari 2021 sehingga 31 Mar 2021 untuk orang yang tidak bekerja)
Diterima pakai bagi Pilihan 1 hingga Pilihan 4:
Tempoh pinjaman/pembiayaan akan dilanjutkan selaras dengan faedah terkompaun atau keuntungan terakru/sewa pada kadar semasa.
Untuk permohonan Pengaturan Penjadualan semula/Pembayaran berikutan COVID-19 dan/atau kelulusan bermula pada 1 Oktober 2020, ansuran (sewa ijarah) yang tertunggak (maksimum sehingga 3 bulan) (jika ada) akan dilupuskan dan terus menjadi sebahagian daripada amaun pinjaman/pembiayaan belum jelas.
(I)Permohonan secara digital untuk Pembayaran Bersasar (TRA) sedia ada.
Tonton video ini untuk memahami langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengisi borang permohonan secara digital berkenaan.
Aplikasi secara digital bagi pakej penjadualan semula COVID-19 tidak diterima pakai bagi:
Bil Perdagangan, Overdraf, Kemudahan Tunai-i, Pembiayaan Kadar Tetap Islam, akaun AKPK di bawah Program Pengurusan Hutang (DMP), Bukan PKS, Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC)/ pinjaman/pembiayaan terjamin di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
Peminjam/Pelanggan yang tidak menerima pelawaan Sistem Pesanan Ringkas (SPR) PBB/PIBB.
Permohonan secara Digital yang perlu dibuat bagi Pembayaran Bersasar (TRA) sedia ada
Peminjam/Pelanggan/Peminjam Bersama/Pelanggan mesti mengekalkan Nombor Telefon Mudah alih yang sah dengan Bank untuk menentusahkan identiti sebelum permohonan secara digital dibuat bagi Pengaturan Pembayaran Balik COVID-19 yang Dijadual Semula ini.
Peminjam/Pelanggan/Peminjam Bersama/Pelanggan Bersama mesti memberi alamat e-mel yang ditentusahkan semasa membuat permohonan secara digital bagi penerimaan secara digital Surat Tawaran Tambahan melalui laman web PBB/PIBB dalam tempoh 7 hari kalendar dari tarikh surat berkenaan yang boleh dilanjutkan atas budi bicara Bank. Bank boleh menamatkan tawaran yang diluluskan sekiranya anda masih gagal menerima Surat Tawaran Tambahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Surat Tawaran Tambahan ini.
Peneraju Utama/Orang yang diberi kuasa/pengarah/rakan kongsi, pelanggan dengan Nombor Telefon Mudah Alih yang sah seperti dalam rekod Bank mesti memberikan alamat e-mel yang sah dan ditentusahkan bagi penerimaan Surat Tawaran Tambahan secara atas talian melalui laman web PBB/PIBB dalam tempoh 7 hari kalendar dari tarikh pada surat berkenaan yang boleh dilanjutkan atas budi bicara Bank. Bank boleh menamatkan tawaran yang diluluskan sekiranya anda masih gagal menerima Surat Tawaran Tambahan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Surat Tawaran Tambahan ini.
(II) Borang Permohonan untuk Permohonan/Cadangan TRA sedia ada Bukan Digital/Manual (Tidak diterima pakai untuk pinjaman Sewa Beli)
Sekiranya anda ingin memohon secara manual untuk bantuan kewangan selanjutnya yang akan mengambil masa 5-10 hari kalendar untuk diluluskan (bergantung pada jenis akaun), sila kemukakan permohonan/cadangan anda itu secara manual menggunakan borang permohonan standard kepada Cawangan/Pusat Kawalan Kredit PBB/PIBB.
Nota:
Individu yang hilang pekerjaan pada tahun 2020/2021 dan masih tidak mendapat pekerjaan boleh memohon untuk lanjutan tempoh 3 bulan pembayaran sifar ansuran pinjaman/pembiayaan dibawah Pilihan Lain dari Januari 2021 sehingga 31 Mar 2021.
Bukti dokumen sokongan seperti surat pembatalan atau perberhentian pekerjaan/ skim Perberhentian Kerja secara Suka Rela (VSS) adalah diperlukan untuk menyokong permohonan ini.
Sila cetak dan lengkapkan borang permohonan secara manual itu dan kemukakannya ke mana-mana Cawangan PBB/PIBB/Pusat Kawalan Kredit berserta maklumat lanjut/dokumen sokongan yang diperlukan.
Nota Penting:
Sila ambil Perhatian bahawa permohonan secara digital yang berjaya akan memberi anda keputusan melalui e-mel secara elektronik pada hari yang sama permohonan digital anda dibuat tanpa banyak kesulitan.
Nota untuk ETRA/TRA/Pengaturan Pembayaran Balik/Pembayaran
Pengaturan Pembayaran Balik/Pembayaran Dijadualkan semula COVID-19 ini akan menyebabkan kos kewangan keseluruhan yang lebih tinggi pada kadar faedah/kadar ijarah semasa disebabkan oleh tempoh pelunasan semula/lanjutan pinjaman/pelunasan semula.
Anda boleh menghubungi Cawangan Pemegang Akaun atau Pusat Kawalan Kredit untuk menyemak semula Pengaturan Pembayaran Balik/Pembayaran Dijadualkan semula berikutan COVID-19 sekiranya keadaan kewangan anda bertambah baik bagi mengurangkan kos kewangan keseluruhan pada masa hadapan.
Sebagai alternatif, anda juga boleh merujuk kes anda kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi perkhidmatan percuma mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit dan penstrukturan semula hutang.
Untuk pertanyaan, sila hubungi AKPK melalui 03-2616 7766 atau layari portal pelanggan AKPK melalui www.akpk.org.my.
Polisi insurans sedia ada (jika ada) tidak meliputi tempoh lanjutan pinjaman/pembiayaan berikutan daripada Pembayaran Balik/Pembayaran yang Dijadual Semula berikutan COVID-19 yang diterima oleh anda.
Sila berurusan dengan syarikat insurands/Takaful yang berkenaan mengenai lanjutan perlindungan insurans/Takaful.
Semakan semula terma dan syarat ini perlu mematuhi peraturan terbaharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) bagi institusi kewangan Islam untuk melaksanakan prinsip ihsan dalam mengurangkan kesukaran sosial dan kewangan yang belum pernah berlaku yang dihadapi oleh pelanggan berikutan pandemik COVID-19, berkenaan dengan pelaksanaan keuntungan terakru dalam penstrukturan semula dan penjadualan semula yang dilakukan oleh pelanggan yang terkesan. Prinsip Ihsan adalah nilai asas dalam kewangan Islam dan selaras dengan objektif Syariah (maqasid Syariah).
Talian Bantuan
Untuk pertanyaan lanjut, pelanggan boleh menghubungi Talian Bantuan yang berikut (kecuali Hari Cuti Umum):
Isnin hingga Khamis
: 8.45 pagi hingga 5.45 petang
Jumaat
: 8.45 pagi hingga 4.45 petang
Pusat Kawalan Kredit Wilayah(CCCs)/ Semua 265 Buah Cawangan PBB/ PIBB