1. |
Siapakah yang Layak?
|
-
Pelanggan yang dikategorikan sebagai B40; atau
-
Perusahaan Mikro/PKS Mikro dengan pembiayaan berjumlah sehingga RM150,000.00; dan
-
Kemudahan Sewa Beli/Sewa Beli-i AITAB mesti diluluskan pada atau sebelum 30 September 2020 dan tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh pengesahan.
|
2. |
Siapakah yang dikategorikan sebagai B40? |
Mana-mana Pelanggan yang didaftarkan dalam Bantuan Sara Hidup (BSH) / Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
-
Isi rumah B40 (Pasangan yang berkahwin) – Pendapatan bulanan ≤ RM4,000
-
Bujang B40 - Pendapatan bulanan ≤ RM2,000
|
3. |
Bagaimana untuk mentakrifkan entiti perniagaan sebagai PKS Mikro? |
Pelanggan ditakrifkan sebagai PKS Mikro menurut Garis panduan mengenai takrifan PKS yang dikeluarkan oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia: -
-
Jualan perolehan kurang daripada RM300,000; atau
-
Kurang daripada 5 orang kakitangan sepenuh masa
|
4. |
Apakah jenis bantuan pembayaran balik bagi pelanggan yang dikategorikan sebagai B40/PKS Mikro? |
Bank menawarkan pakej penjadualan semula dengan pengurangan dalam ansuran sehingga 50% dengan penangguhan ansuran selama 3 bulan pertama.
|
5. |
Bagaimana untuk mengemukakan pengesahan?
|
Kemukakan melalui pengesahan digital melalui laman web khusus, https://apply.pbebank.com/PbRnR/HPMainBM; atau
Kunjungi Cawangan Pemegang Akaun untuk mengemukakan pengesahan secara manual.
|
6. |
Sekiranya saya memilih untuk tidak menyertai moratorium automatik (diumumkan pada bulan Mac 2020), adakah saya masih layak untuk pakej penjadulan semula itu? |
Ya. Sekiranya anda dikategorikan sebagai B40 atau PKS Mikro, tuan/puan dibenarkan untuk mengemukakan pengesahan pakej penjadualan semula tersebut.
|
7. |
Adakah pelanggan yang telah menandatangani bantuan pembayaran balik bersasar sebelum ini masih layak untuk pakej penjadualan semula ini?
|
Ya. Jika anda dikategorikan sebagai B40 atau PKS Mikro, anda dibenarkan untuk mengemukakan pengesahan pakej penjadualan semula ini tertakluk pada pengurangan dalam ansuran sehingga 50% daripada ansuran bulanan asal.
|
8. |
Apakah dokumen yang perlu dihantar?
|
Tiada dokumen yang diperlukan daripada pelanggan.
|
9. |
Apakah kadar faedah/keuntungan yang dikenakan?
|
Kadar faedah/keuntungan efektif (iaitu Kadar Peratus Tahunan) yang akan dikenakan adalah sama dengan Perjanjian Sewa Beli/Sewa Beli-i AITAB asal.
|
10. |
Tidak dapat mengemukakan pengesahan?
|
Hubungi Meja Bantuan Wilayah seperti yang dipamerkan dalam laman web Public Bank untuk bantuan.
|
11. |
Adakah tempoh lanjutan selepas penjadualan semula itu dilindungi oleh Ansurans Bertempoh Mengurangan Sewa Beli (HPDTA) / Takaful Bertempoh Pengurangan Sewa Beli (HPRTT)?
|
Tidak. Perlindungan HPDTA/HPRTT sedia ada hanyalah sehingga tarikh matang dalam Perjanjian Sewa Beli/Sewa Beli-i AITAB asal.
|
12. |
Bagaimanakah cara untuk melanjutkan perlindungan HPDTA/HPRTT untuk tempoh yang dilanjutkan?
|
Hubungi cawangan pemegang akaun anda untuk mendaftar bagi perlindungan HPDTA/HPRTT baharu mengikut terma penjadualan semula yang baharu.
|